Thursday, July 31, 2008

SUHU PANAS..---PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH.

Cuaca malam ni terasa bahang panasnya buka dek kerana angin tak bertiup atau ada insan membakar unggun tetapi bahang suhu terasa panas oleh rentak politik Malaysia yang seolah sedang mencapai klimaks atau waktu puncak.mungkin ni posting pertama saya mengenai senario dan fonomena politik Malaysia kini..sebenarnya saya segan nak merajinkan diri mengulas dan mengupas isu politik kerana blog2 politik terlalu banyak bercambah bagaikan cendawan selepas hujan..isu yang berlaku tajuknya tetap sama di blog2 yang ada cuma ulasan dan pandangan empunya blog dan forumnya yang berbeda tampaknya..cuma saya yang ada pendirian dalam hal siasah ini mengambil pesanan Allah supaya kita berhati2 dan menyiasat berita yang sampai pada kita ..saya juga suka mengambil pendekatan tidak cepat melatah dalam membincanglkan isu yang timbul kerana setiap posting ada yang membaca dan ada peratusnya mereka yang terpengaruh apa yang dipaparkan..jadi saya tidak mahu menjadi sebab kepada benda yang tak betul..
Tapi…harini klimaks politik memang panass….panas yang bakal meledak di Permatang Pauh..dengan perletakkan rasmi Datuk Seri Wan Azizah sebagai ahli parlimen telah mengsahkan pilihanraya kecil yang akan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibarhim bertanding kali ini..kawasan yang sudah nyata dikuasai oleh Pakatan Rakyat itu sudah pasti dengan izin Tuhan akan dimenangi DSAI dengan mudah..tidak terfikir dengan majoriti undi kemenangan yang diperolehi oleh Datuk Seri Wan Azizah yang mencecah 10 ribu itu dapat dikalahkan oleh lawan dengan mengambil kira suasana politik masakini..kadang agak kerdil diri ini memikirkan kehebatan rentak tari DSAI dalam politik..mana taknya riuh rendah nak bertanding di kawasan Kulim sehingga meresahkan UMNO tiba2 menempati tempat isterinya sendiri..itulah cara DSAI dalam tari politiknya yang bisa meresahkan banyak pihak..
PAS pula kini tampak semakin gah dan berpengaruh besar di kalangan MELAYU dan rakyat Malaysia amnya..sehingga UMNO memainkan rentak dan taktik lamanya membuat tawaran kepada PAS agar bersatu atas nama KEMELAYUAN yang tak diktiraf oleh ISLAM..Alhamdulillah walaupun isu ini dimaikan sepenuhnya oleh media namun kebijaksanaan dan keutuhan PAS dalam prinsipnya akhirnya Presidennya Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pengumuman rasmi mengenai penolakan untuk bergabung dengan Umno,geli hati mengenai tawaran Tajol Rosli tapi biarlah dia dengan labunya..namun tegasanya disini PAS tetap utuh atas persada politik negara dengan dasar perjuangan dan matlamatnya yang tak pernah berubah dan masih setia dalam Pakatan Rakyat..saya yakin tentera dan jentera PAS dengan semangat penuh keihklasanya akan mebantu dan berjuang habis2san untuk pilihanraya di permatang Pauh nanti..apapun dihati masih terselit kerisauan tentan DSAI yang mungkin ditangkap oleh kerajaan yang kini makin kepanasan…isu liwat yang semakin tampak konspirasinya itu entah kemana penyudahnya..ianya hanya menjadi momentom dan serbuk pembangkit amarah rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasinal yang telah memerintah separuh abad itu..apapun saya ada sediikit kesedihan mengenai satu artikel dalam akhbar Keadilan yang mengutuk pimpinan Pas dalam isu KEMELAYUAN..bagi saya perkataan yang digunakan tak patut dan tak menghormati dasar persahabatan yang terjalin dalam Pakatan..kita bukan macam UMNO yang banyak halal dan tidak sopan..imej kita besar dan dipandang besar..saya berharap tulisan itu diperhati semula…
SUHU PANAS PERMATANG PAUH akan terus terasa kebahangan panasnya oleh semangat rakyat Malaysia yang semakin hari tak sabar mahu melihat MALAYSIA berubah dan lebih terasa nikmat menjadi rakyat MALAYSIA bila Pakatan memerintah..MINYAK DAH TURUN,NEGARA JIRAN DAH MENURUNKANYA..KITA MEMANG KAYA SEBAB BAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL..akhir sekali senantisa saya panjatkan doa agar Allah memenangkan perjuangan yang BENAR..aaminnnn

Tuesday, July 29, 2008

PELAJAR TIDAK HORMAT DAN SAMSENG DENGAN GURU..SATU FONEMENA KINI..

Entah mengapa teringin saya mencoret tentang kelakuan pelajar kali ini..mungkin kerana setelah banyak apa yang berlaku pada saya tentang kesamsengan dan ketidakhormatan pelajar pada guru,mungkin juga saya adalah warden dan seorang guru disiplin disebuah sekolah yang memerlukan perhatian yang penuh dan khusus dari para guru..harini seorang pelajar akibat dimarahi saya ekoran salah lakunya telah mengugut untuk panggil ‘geng luarnya’ untuk melawan saya..itu saya tak ambil pusing..yang saya ambil pusing ialah nasibnya dan kesanggupanya membuat perlakuan sebegitu rupa..bila disorot secara menyeluruh kita dapati insiden sebigini adalah satu fonemena yang menjadi lumrah dalam diari kebanyakan sekolah ..tak kira dimana,tak kira apa status sekolah..sekolah menegah.sekolah agama..kita pernah terbaca murid serang guru..guru ditumbuk murid..diugut dan sebaginya..antara factor yang mendorong perlakuan tak elok ini pada seorang murdi itu ialah:

- kurang didikan akhlak dan agama khususnya dirumah.
- Masalah rumahtangga ibu bapa yang mempengaruhi sikap anak..anak berisiko besar menjadi keras hati dan samseng bila rumahtangga kucar kacir..
- Pengaruh rakan sebaya..
- Ingin menunjuk2 kekuatan dikalangan rakan2..
- Ingin menjadi popular dikalangan rakan(hero) bila mampu buat “kesamsengan” yang orang lain takut nak buat
- Ego tidak bertempat
- Tidak ada kesedaran tentang peri pentingnya mendapat berkat dari seorang guru..
- Tidak ada perhatian khusus dari guru terhadap masalah seorang murid hingga dia tension dan memberontak..
- Kadang2 guru mengambil sikap berlebihan dalam menangani masalah displin..
- Kekurangan sesi kauseling
- Suasana gejala kebejatan social dikalangan remaja di Negara kita menjadi bualan pelajar dan timbul suatu teladan yang tak baik ditiru untuk merasa perilaku tersebut
- Pengaruh massa- tv/internet/ hp / majalah


KESIMPULAN..

Memang sukar dan susah untuk menghadapi pelajar2 zaman sekarang yang memerlukan seribu ketabahan jiwa..mereka semakin terhakis rasa hormat kepada guru..kepatuhan kepada guru semakin jauh dari jiwa mereka..ini menjadi satu fonomena dimna2 sekolah..Kementerian Pelajaran perlu menekankan pembawaan pembelajaran yang mendidik jiwa bukan mendera minda yang berorientasikan peperiksaan tapi sahsiah tak kemana..ini suatu isu YANG MESTI DIPANDANG BERAT OLEH BAKAL GURU..USTAZ..USTAZAH..gaji banyak tiada makna jika hasil tidak sampai kemana..

Tuesday, July 22, 2008

doaku untuk AUKU

Alhamdullillah ada perkembangan positif tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU)..menteri pengajian tinggi Datuk Seri Khaled Nordin telah bentang dalam dewan rakyat untuk pindaaan..yang akan dibahaskan pada bulan hadapan..bila menyorot kembali nostalgia berada dialam kampus memang sangat dirasakan kuasanya AUKU ini membentuk para mahasiswa yang akhirnya banyak yang negatif..menjadi mahasiswa yang bersiifat acuh dan takutkan sentimen kuasa luar..terutamnya kesanya dapat dirasai di kebanyakan IPT iaitu politik kampus..pilihanraya kampus...kesedaran yang membimbangkan tentang politik kampus..satu fonomena tidak sehat bila kita mendengar banyak kerusi yang menang tanpa bertanding..peratusan mengundi yang sedikit...itu antara kesanya AUKU..bilamna mahasiwa hanya dibenarkan mengadakan sesuatu yang hanya berbentuk 'program' dan 'bakti' sahaja diluar kampus ...tidak dibenar bergerak atas landasan politik walaupun layak mengundi..tidak dibenarkan membuat perhimpunan tidak dibenarkan membuat kenyataan media dan sebagainya..ada di IPT yang merasakankarenah HEP yang sangat teruk dalam melayani kepimpinan Mahasiswa dan mahasiswa lain seolah2 membudak sekolahkan mahasiswa..itulah antara kesanya AUKU..universiti dan ahlinya yang sepatutnya membentuk dan melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja memiliki keterampilan sahsiah dan ilmu malah mampu menggerakkan idealism dan memperuangkan terlalu banyak isu nasional dan persada antara bangsa yang kebanyakkan isu yang memberi kesan langsung pada masyarakat ialah isu politik..nah..mahasiswa diikat tangan dan mulut dalam politik luar?dalam masa yang sama mahasiswa adalah agen dan mulut bagi masyarakat? saya berdoa agar perbahasan AUKU di dewan rakyat bulan hadapan akan meminda dengan pindaan AUKU yang lebih menyelamatkan fungsi mahasiswa....sangsi dan sedih bila kelibat mahasiswa yang agak banyak terlibat dalam gejala maksiat,jenayah,keruntuhan moral ,hidup dalam keseronokkan,tiada hala tuju,memboroskan PTPTN dan pinjaman dan banyak lagi soroton sadis mahasiswa dlm isu kebejatan akhlak..sepatutnya seperti tahun 70 dulu mahasiswalah menggempur masyarakat mnggerak masyarakat menjuarai isu-isu tetapi hari ini suara2 mahasiswa menjadi suara emas yang terkurung dalam sangkar emas..AUKU ..pindalah..dengan pindaan yang membebaskan mahasiswa dan universiti dari cengkaman kuasa yang berkepentingan......ya Allah...AKU TIDAK SANGGUP LAGI MELIHAT MAHASISWA MENJADI TIKUS........

LAGU SERI DI HATI





SERI DIHATI -Zulfan-


Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan… uuhooo

Telah bermula episod cinta yang murni
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui
Terikat janji bakal mebina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda…..


Lagu yang saya tunggu ketika saya study di mesir..SERI DI HATI akhirnya muncul jua bersama kumpulan ZULFAN dalam album ke-3 yg berjudul PELAYARAN....lagu tu memberi banyak makna bagi saya..banyak nostalgia yang akhirnya diterjemahkan sebagai blog name dan tema blog saya..kepada vokalis Zulfan akhi Isham sekalung terima kasih dan penghargaan kerana lagu tersebut..masih teringat2 lagi memori pebikinan lagu tu..syukran ya akhi...Album PELAYARAN ZULFAN ni sudah terbit ..
(Penantian peminat kumpulan Zulfan terhadap kemunculan album ketiga mereka akhirnya berakhir. Zulfan pada kali ini menampilkan 12 buah lagu dengan trek pertama, lagu yang bertajuk Alam Semesta. Zulfan nampaknya masih mengekalkan konsep kesederhanaan dalam album mereka. Sebagai contohnya lagu Seri Di Hati amat menarik perhatian penulis kerana alunan musik yang amat syahdu. Mungkin ada sebab yang tertentu lagu yang menjadi tajuk album diletakkan di trek 8. Zulfan ingin memperkenalkan 7 lagu yang terdahulu sebelum pendengar boleh menghayati pelayaran.) KOMEN UNTUK KUMPULAN ZULFAN DIPETIK DARI :http://www.nasyidfm.net/blog/mzfaizal

Monday, July 21, 2008

BLOG APA NI?



Sebenarnya saya masih mencari satu kelainan dalam pembawaan saya dalam blog ni..masih mencari ilham dan idea..kalau boleh saya nak lihat ada kelainan dari segi pembawaan,idea,komen,bahan dan sebagainya,,tapi blog ni masih baby lagi..so masih merangkak insyallah saya kan cuba updatekan selalu.. saya minta pertolongan dari kawan2 saya terutama di mesir tuh..yang tera2 belaka kalau ada cadangan membina atau nak komen mna tak kena ahlan wasahlan..yang penting seri dihati akan terpatri disetiap hati tetamu SERI DI HATI BLOG..terima kasih kerana sudi bertamu..

gambo saya dengan si unta..ha ha..

FORUM : HALATUJU MAHASISWA ISLAM


AHLI FORUM(Semua Bekas Pelajar Insaniah)- saya potong2 bg pendek video ni..

PENGERUSI : TOK AYAH

1)USTAZ AQLI (PENYELARAS KULIAH TAHFIZ )

2)USTAZ ASIF (TRAVEL JAFILA)

3)CIK ZURAIDA (ESEKUTIF BANK RAKYAT)

PART 3 CIK ZURAIDA

PART 2 USTAZ AQLI

PART 4 USTAZ ASIF

TAHNIAH DAN ISTIQAMAH BUAT SAHABAT DI MESIR


Sekalung tahniah buat sahabat2 di mesir yang berjaya dalam imtihan baru2 ni..percayalah kepulangan kalian bukan menempa kerjaya lumayan dan hidup dalam zon selesa kerana kalian membawa panji2 kebenaran,panji keimanan dan panji Islam..kepulangan kalian menunaikan dan melengkapi rantaian perjuangan.melengkapi tugas dai'e melengkapi tugas ulamak warasatul anbiya..adakah kalian sedia menghadapi ujian Allah buat kalian?Kalian rasa bersedia dengan ilmu yang ada?dengan ijazah yang digenggam?dengan pengalaman?kalian silap jika beranggapan demikian kerana jika kita merasai semuanya kit a tahu dan pandai itulah permulaan kegelapan dan kejahilan..pulanglah dengan iman dan tawakal yang tinggi terhadap Allah..basuhkan hati agar IKHLAS menjadi darah nadi kehiduopan kalian..kita tak menjadikan ijazah untuk mengecapi nikmat dunia..tetapi ijazah adalah jambatan hidup utuk dunia moden kini..yang penting kalian harus AMANAH dan IKHLAS bergelar sebagai lepasa AL_AZHAR..kita jumpa di MALAYSIA..

Sunday, July 20, 2008

sekolah agama rakyat?

VIDEO SEKOLAH MENENGAH AGAMA AS-SIDDIQIAH AKU BUAT SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULID NABI 2007
Alhamdulillah bila kerajaan negeri bertukar kita dapati nasib sekolah agama rakyat dikedah makin terbela..selepas kementerian telah mengusahan peralihan sekolah agama rakyat kepada sekolah agama bantuan kerajaan(SABK) kita dapati selepas itu ranting SAR agak menurun..antara faktor yang boleh kita utarakan ialah kebanyakan ibu bapa yang ingin menyekolahkan anak mereka dengan sekolah agama akan tertumpu kepasa SABK kerana banyak kemudahan samada dari segi prasarana dan keewangan,mereka juga akan tertumpu kepada Maktab Mahmud dan cawangan cawanganya..maka jadilah SAR semakin menurun bilangan muridnya serta prestasinya..(masih ada SAR yang masih steady)kalau tak silap di Kedah hanya tinggal 11 buah sekolah yang masih bertahan tidak disearpkan kebawah kementerian.aku tak memandang serong SABK cuma ingin membincangkan nasib SAR..apatah lagi mengenangkan LEPASAN AZHAR yang kini banyak tertumpu peluang pekerjaan yang lebih "menjamin" sifatnya seperti J-Qaf..KPLI,SABK ,Kita lihat senario SAR menjadi rumah tumpanga sementara atau jambatan sementara bagi Lepasan Azhari..perkara ni tiada salahnya cuma ia jadi satu fonomena yang akibatnya SAR makin berkurang 'kepakaran' guru2nya dariALAZHAR MESIR..(berapa ramai lepasan al-Azhar nak perjuagkan SAR?)akupun tak tau sampai mana tahap istiqamah aku duduk ditempat yang terlalu banyak cabaran dan dugaan..berjuang di SAR memang menjemput seribu ketabahan...alhamdullillah kerajaan kedah baru saja menaikkan prestasi SAR dengan menaikkan taraf kebajikan gurunya yang bernaung dibawah jabatan agama kedah dengan menaikkan tarafkan skim gaji mengikut sistem saraan malaysia..semoga dengan perubahan itu SAR akan terus dilonjakkan kepersada yang tinggi sebagaimana zaman kegemilanganya..dahulu SAR adalah wadah para pejuang,wadah melahirkan ulama.pemimpin menggerakkan masyarakat..kini kebanyakkan SAR menerima pelajar2 yang banyak masalah tingkah laku..pelajar yang tidak mendapat tempat di SABK dan Maktab Mahmud..pendek kata pelajar yang sangat menguji para gurunya..walaupun tak dapat kita nafikan terdapat SAR yang masih gah dibumi kedah ini..aku? doakanlah semoga aku terus istiqamah..insyaallah....SENARAI SEKOLAH AGAMA SILA KLIK:http://www.islam.gov.my/informasi/

Merindui Isteri Di perantauan

kalau tak salah dah hampir enam bulan isteri tersayang meninggalkanku pergi menuntut ilmu di bumi anbiya' Iskandariah Mesir..keputusan exam pun dah nak keluar..sebagai suami yang sangat mencintainya setiap hari sekalung doa tetap kupanjatkan agar isteri tercinta bakal memegang segulung ijazah kejayaan nanti..bahawa perpisahan ini amatlah memeritkan namun pengorbanan ini adalah kebahagian yang bakal menanti..abang dan keluarga disini sentiasa berdoa untukmu isteri tercinta...

TEMA SERI DIHATI


SERIDIHATI..itulah ANTARA SUDUT sebuah kehidupan..apabila timbulnya keserian didalam hati maka bahagia dan kemanisan menjelma..senyuman kan terulit..iman itu seri..islam itu keserian..keindahan itu seri..cahayamata itu penyeri..TEMPATNYA SERI ITU IALAH HATI MAKA BERSERILAH DIHATI..SERI DIHATI..itulah tema blog saya..saya temakan blog saya dengan serihati agar pelawat dan pengunjung sentiasa melihatnya berseri..dan membawa sedikit penyeri dipenglihatan dan pemikiran serta hati mereka..insyaallah..