Wednesday, October 15, 2008

MUSIM PEPERIKSAAN



Anak anak murid ,anak anak kita, anak anak bangsa sekarang agak gundah gulana,hati tak tenteram ,masa bagaikan cukup singkat,rasa prihatin pada buku tinggi melangit,buku2 latihan menjadi lasam,air yasin diteguk berbotol2,mak bapak ,guru2 berbuih2 mulut memberi semangat,tv ditinggalkan,cd vcd dvd letak dalam lemari,hp senyap sepi,majalah dipandang sepi,katil penuh buku konon nan tinggkat study.gempak gempita alam bagai dirasa nak bertempur di medan periksa,itulah anak anak kita,anak anak bangsa,anak-anak murid ,sekarang jenuh keringat jenuh otak jenuh dan jenuh dengan usaha mendapat kejayaan dalam peperiksaan.PMR sedang berjalan,SPM tak lama menjelma tak sampai sepurnama jua,bagi anak anak murid agama.SMRA tinggal beberapa hari cuma,

FONOMENA SKOR SERIBU A

tusyen sana sini mengisi kantung guru2,satu kepala rm 30 darab 30 murid nak dapat A berbakul jadila beribu2,katanya guru ikhlas nak bagi murid berjaya walhal hati tersenyum duit berganda2 anak anak tusyen makin berganda,tahun lepas yuran 30 ringgit tahun ni ekonomi tak bagus jadi 80 ringgit,mak bapak tak banyak pusing kerana harapkan anak timba A berbakul2.Sistem pendidikan kita yang gah di alam ini yang berketuakan seorang menteri yang kementerianya compang dan camping.sekarang tak ambil pusing sangat anak anak bangsa nak periksa PMR ka Spm ka yang penting aku menang Naib Presiden parti yang semkin carca merba.SISTEM peperiksaan negara ini berorientasikan peperiksaan sudah menjauhkan pendidikan dari konsep mendidik.Ilmu ditabur untuk nama.untuk kerjaya.untuk duit.untuk kaya.untuk hebat.untuk megah.akhlak?ah itu perkara nombor lain.yang penting anak-anak bangsa menjulang 'A" banyak dalam sijil peperiksaaan.dapat semua A? anda dapat duit daripada pak pak menteri.Dapat A banyak?anda dapat masuk TV surat khabar?banyak yanga kan interbiu anda.anda seolah2 ikon masyrakat.ikon pelajar.tip -tip berjaya diulang2 agar anda menjadi contoh.tetapi tidak terfikirkah kementerian pendidikan yang tak terdidik ni akan nasib mereka2 yang tak berjaya?kesan sikologi kepada mereka yang gagal.?
mereka 2 yang gagal akan kecewa dan kecundang,meleleh air mata menangisi nasib diri tak menjulang kejayaan,ada mak bapak maki hamun ,anak tak berguna,kawan2 mencemuh,sekolah tak ambil pusing,sebab sekolah dok sibuk buat majlis nak rai mereka yang dijulang,guru2 tersengih melihat anak anak murid berjaya berjuang menjulang kejayaan.mereka yang gagal apa nasib mereka?

INIKAH MATLAMAT DAN SISTEM PENDIDIKAN KITA?

APAKAH KEJAAYAN ITU SEBENARNYA?