Saturday, August 2, 2008

BLOG SEBAGAI MEDAN DAKWAH-KATAKAN TIDAK PADA BLOG PICISAN

Alhamdulillah malaysia masakini telah berada dizaman kepesatan dan perkembangan dunia maya teknologi.Internet melalui web dan blog telah diperakui sebagai satu medan dan wadah alternatif yang popular dan berkesan dalam membentuk pemikiran masyarakat,mempengaruhi pengunjung saban hari ..kemunculan blog-blog baru bagaikan cendawan selepas hujan..pelbagai blog mengikut selera empunyanya telah muncul ,politik..sosial..dan sbg..namun ni tengah2 ledakan itu saya melihat harus ada satu peringatan dalam duni a maya internet ini agar kita sebagai seorang muslim supaya tidak lari dari landasan dan tidak sesuka hati mencipta dan membawa blog kita ke arah yang tidak sehat..terlalu banyak anasir-anasir negatif yang ada dalam kebanyakan blog diantaranya:

-FITNAH DAN KHABAR ANGIN
-UNSUR HIBURAN YANG TIDAK BERASASKAN SYARIAH
-PERGAULAN DALAM CHATING TANPA BATASAN
-PENGGUNAAN BAHASA PASAR KETERLALUAN DAN BAHASA LUCAH
-BLOG TERLALU PERSONAL DAN DIPAPARKAN BANYAK BENDA TAK BERFAEDAH UNTUK SANTAPAN MINDA KELAS PERTAMA

itu hanya sedikit yang tercoret..saya ingin mengajak saudara2 saya yang muslim lain agar kita menggunakan peluang yang tersedia melalui blog ini agar:

1. MENGIKHLASKAN DIRI DALAM BLOG BUKAN UNTUK MENJADI MASHYUR,GILA GLAMOUR,SUKA DIPUJI.SYOK SENDIRI..ITU SIFAT2 MAZMUMAH

2. CUBA MEMBAWA PEMBAWAKAN DAKWAH DALAM BLOG..SEBAGAI ADMIN CUBALAH MENGAJAK RAKAN DAN PENGUNJUNG KE ARAH ILMIAH,IBADAH,DAKWAH,FIKRAH YANG BENAR,PENCAMBAHAN PENDAPAT YANG SIHAT

3.JANGAN SELITKAN TERLALU BANYAK UNSUR HIBURAN YANG AKHIRNYA BLOG ANDA HANYA SEBAGAI TEMPAT UNTUK BERHIBUR DAN MELALAIKAN

4.CUBA UNTUK MENAPIS CERITA2Q YANG BERSIFAT KHABAR ANGIN DAN UNSUR FITNAH

5.JANGAN SEDIAKAN LINK2 YANG MEMBAWA KEPADA UNSUR MAKSIAT DAN PERKARA TIDAK BERMANFAAT

disini saya bawakan panduan dari blog assyakirah.blogspot tentang peri pentingnya kita memahami HADIS AL-IFKI dalam memimpinn kita supaya kita tidak terlibat dengan tohmahan tidak berasas ataupun fitnah..ulasan tidak mengapa tetapi tuduhan melulu tanpa asas adalah fitnah..berikut adalah sedikit panduan untuk semua yang dipetik dari blog beliau...

Maksud Hadith Al-IfkiHadith bermaksud kata-kata , manakala Al-Ifk bermaksud penipuan dan tohmahan. Selain disebut sebagai hadith al-ifki, kadangkala disebut juga sebagai khabar al-ifki.Hadith Al-Ifki merujuk kepada kata-kata dusta dan tohmahan yang dilemparkan kepada Saidatina Aishah r.a. yang dituduh melakukan perkara yang tidak baik (berzina) dengan seorang sahabat Nabi bernama Safwan bin Mu’attol ketika pulang daripada peperangan Bani Al-Mustoliq atau juga dikenali sebagai Perang Al-Muraisi’

Pengajaran Hadith Al-Ifki Kepada Umat Islam Pertama: Berhati-hati Terhadap Berita yang Tidak Pasti Kesahihannya dan Bahaya Buruk SangkaPeristiwa hadith Al-Ifki ini memberi pengajaran kepada orang mukimn agar berhati-hati dengan berita yang tidak dipastikan kesahihannya, dan bahaya buruk sangka lebih-lebih lagi berkaitan dengan maruah orang-orang mukmin yang tidak berdosa.

Allah telah berfirman di dala surah Al-Hujurat:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْم ٌMaksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.”


Rasulullah juga ada berpesan :عن أبي هريرة : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " اياكم والظن فان الظن أكذب الحديث "
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah Saw bersabda: “ Hindarilah prasangka, sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan.”

Az-zon ialah apa yang terlintas pada diri yang kemungkinan betul, dan kemungkinan salah , kemudian menghukum dan bergantung kepada sangkaan itu. Al-Zamhasyri membahagikan az-zon kepada beberapa bahagian:•

Wajib : iaitu bersangka baik kepada Allah , dan kepada mukmin yang zahirnya bersifat adil. Oleh itu, haram untuk bersangka buruk dalam keadaan ini (seperti maksud hadith).•

Sunat : iaitu bersangka baik kepada orang yang zahirnya adil di kalangan orang Islam.•

Harus : Contohnya kata-kata Abu Bakar kepada Aishah : “Mereka berdua saudara lelaki atau saudara perempuanmu “ apabila mengagak jantina anak di dalam kandungan isterinya.Dikira harus juga bersangka buruk kepada orang yang sudah mahsyur di kalangan orang ramai sentiasa bercampur gaul dengan perkara yang meragukan dan terang-terangan melakukan perkara yang tercela. Oleh itu , tidak haram bersangka buruk kerana dia telah menunjukkan sendiri keburukannya, sama seperti jika sesiapa yang pergi ke tempat yang tidak elok akan dipandang serong dan sesiapa yang menutup keburukannya disangka baik.

Kesimpulannya, perkara yang membezakan antara zon yang dibolehkan dan zon yang tidak dibolehkan ialah setiap yang tidak mempunyai petanda yang sahih dan sebab yang zahir, maka haram bersangka buruk. Contohnya , sekiranya orang yang disangka itu dikenali memiliki sifat yang baik, zahirnya amanah, maka haram zon khianat dan fasad padanya, berbeza dengan orang yang masyhur melakukan perkara yang meragukan, maka hukumnya adalah sebaliknya.

AHKIR KATA JADILAH KITA ORANG YANG MENCIPTA PELUANG DAN RUANG..UNTUK PERKARA YANG BERMANFAAT SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT..INGATLAH KITA AKAN DITANYA DAN DIHISAB DI AKHIRAT KELAK..WALAUPUN KITA HANYA SEORANG BLOGGER...

CERITA REAL MENGENAI SEORANG HAMBA ALLAH YANG SANGAT IKHLAS(TERHARU SANGAT)-HarakahDaily.Net-



Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "kongsi raya". Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah. Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.
Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak. Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu. Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Cina dan disebut "Kongsi Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah. Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong. Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Cina. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.
Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit. Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.
Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah. Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.
Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Cina dan esok hari raya Aidulfitri. "Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih. Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.
Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain. Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.
Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang. Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).
Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.
"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.
"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.
Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.