Thursday, December 24, 2009

Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2010 -Sek.Men.Agama As-Siddiqiah Naka

http://siddiqiah.blogspot.com/

SMA AS-SIDDIQIAH AL-ISLAMIAH,NAKA,KEDAH
KEDAH, NAKA, Malaysia
SEKOLAH INI DITUBUHKAN PADA TAHUN 1997 DAN BERDAFTAR DIBAWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH.MENJALANKAN SISTEM PENGAJIAN AGAMA DAN AKDEMIK.MELAKSANAKAN PEPERIKSAAN MENGIKUT KEMENTERIAN DAN JABATAN AGAMA SEPERTI PMR,SMRA,SPM,STA DAN STAM.TERBUKA KEPADA SEMUA LEPASAN UPSR.PELAJAR TERDIRI DARIPADA GOLONGAN MISKIN DAN ANAK YATIM.SILA HUBUNGI SEKOLAH DITALIAN 04-7852703 ATAU HUBUNGI PENGETUA DITALIAN 019-5195944

* Semua Lepasan UPSR Layak Memohon.

* Sekolah ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah

* Pihak sekolah juga menerima pelajar tingkatan ,2,3,4,5,&6

* Peperiksaan yang disediakan PMR,SMRA.SPM,STA,STAM Mengikut Sukatan Jabatan
Pelajaran

* Memiliki kemudahan Asrama Lelaki &Perempuan , Kantin,Surau,PAdang Permaianan.

* Menjalankan TAHFIZ AL-QURAN

* Keutamaan kebajikan dan bantuan kepada ANAK-ANAK YATIM

* Ada pengajian Kitab Kitab Agama / Kuliah Agama

* Pelajar-pelajar dididik dengan solat berjemaah,asas fardhu ain, amalan fardhu
kifayah seperti solat jenazah dan bacaan tahlil.

Berminat sila hubungi 019-5195944 / 04-7852703

Monday, December 7, 2009

Alumni INSANIAH



http://www.kuin.edu.my/


Alumni INSANIAH

5 Disember lalu INSANIAH membuat undangan menjemput semua bekas pelajarnya menghadiri mesyuarat agung penubuhan alumni INSANIAH.Terus hati terusik , minda terbayang betapa jasamu INSANIAH di dalam membentuk peribadi , jatidiri, membina idea dan ilmu , menghamparkan lautan ilmu dan keberkatan ketika diri ini menjadi sebahagian dari insan-insan penerima tarbiah di bawah pelukan INSANIAH.Walau banyak rintangan namun di kuatkan diri menghadiri mesyuarat penubuhan ALUMNI INSANIAH sebagai tanda membalas jasa mengenang budi,apakan tidak tahun 2001 hingga 2005 tempoh masa yang singkat dibawah INSANIAH ,diri ini bukan sahaja menikmati juadah ilmu yang enak disajikan oleh pensyarah2 yang pakar yang kebanyakkan mereka mencapai puncak pendakian ilmu namun dek kerana keberkatan bumi INSANIAH, diri ini dibalut dengan selimut tarbiah, mengenal ISLAM bukan hanya dibuku , bukan setakat dibaca dan dicerita, ISLAM bbukan setakat dicanang keindahan dan kemegahanya, bukan setakat didiskudi sejuta lautan isinya bahkan ISLAM wajib DIPERJUANGKAN sehingga tertegakknya syariat ALLAh di bumi ini hingga ketitisan darah yang terakhir!!! itulah antara jasamu INSANIAH.

ALUMNI INSANIAH , jika terus berusaha dan berdaya maju akan dapat mencapai matlamat penubuhanya jika hampir 4000 bekas pelajar INSANIAH dapat di tarik menjadi ahli.Bayangkan walau separuh daripada jumlah itu menjadi ahli alumni ini,betapa tenaga besar dapat di gerakkan, betapa sumbangan dapat dihulurkan , betapa jasa dapat ditabur ke arah memperkasa INSANIAH sebagai institusi pendidikan ISLAM di Kedah bahkan diseantero dunia!!

Alumni baru ini mendapat pengemudi baru iaitu bekas Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) INSANIAH sesi 2004/2005 , Ustaz Muhammad Irfan Mohd Rusdi.Beliau dipilh menjadi YDP ALUMNI IINSANIAH bagi sesi 2009/2011.Beliau kini sedang mengambil M.A di INSANIAH.Adalah menjadi harapan besar umat INSANIAH kepada kepimpinan beliau agar segera mengaktifkan kembali persatuaan bekas pelajar INSANIAH , kearah menghubungkan ukhwah sesama ahli, meneroka kebijaksanaan baru samada dalam pendidikan dan pembinaan insan, dan berusaha memperkasa dan membantu INSANIAH mencapai matlamatnya.

Alumni ini juga diharap menjadi antara suara besar dalam institusi INSANIAH ,bukan untuk menunjuk diri, mencari publisiti, mengorek habuan diri, tetapi suara besar ini adalah untuk mempertahankan agar INSANIAH kekal dengan jati dirinya ,bukan semata-mata kerana batang tubuh INSANIAH, tetapi kerana jasa INSANIAH melahirkan ramai ulama dan pejuang ISLAM,kerana INSNAIAH institusi ilmu ISLAM yang besar di utara.Alumni ini juga diharap dapat menjadi pendengar yang baik mungkin sebagai sahabat yang baik kepada pihak organisasi INSANIAH, menjadi penghubung antara masyarakat dan INSANIAH, menjadi pendekat antara mahasiswa dengan INSANIAH.

Diseru kepada semua penggerak , pendokong , pentadbir , dan seluruh mahasiswa dan bekas pelajar INSANIAH agar memberi sokongan padu kepada penubuhan ALMUNI INSANIAH ini.Berilah apa -apa sumbangan dalam apa jua bentuk dalam sokongan anda kepada alumni ini supaya dengan jasa dan keringat dan sokongan anda jualah alumni ini dapat dijayakan.

Ucapan Sulung Syeikh Nuruddin Al-Banjari pada tahun 1998- Pesanan Ilmu


Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

http://syeikhnuruddin.blogspot.com/

* Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

* Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.


* Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

* Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

* Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

* Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.

* Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

* Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

* Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

* Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.