Monday, December 7, 2009

Alumni INSANIAH



http://www.kuin.edu.my/


Alumni INSANIAH

5 Disember lalu INSANIAH membuat undangan menjemput semua bekas pelajarnya menghadiri mesyuarat agung penubuhan alumni INSANIAH.Terus hati terusik , minda terbayang betapa jasamu INSANIAH di dalam membentuk peribadi , jatidiri, membina idea dan ilmu , menghamparkan lautan ilmu dan keberkatan ketika diri ini menjadi sebahagian dari insan-insan penerima tarbiah di bawah pelukan INSANIAH.Walau banyak rintangan namun di kuatkan diri menghadiri mesyuarat penubuhan ALUMNI INSANIAH sebagai tanda membalas jasa mengenang budi,apakan tidak tahun 2001 hingga 2005 tempoh masa yang singkat dibawah INSANIAH ,diri ini bukan sahaja menikmati juadah ilmu yang enak disajikan oleh pensyarah2 yang pakar yang kebanyakkan mereka mencapai puncak pendakian ilmu namun dek kerana keberkatan bumi INSANIAH, diri ini dibalut dengan selimut tarbiah, mengenal ISLAM bukan hanya dibuku , bukan setakat dibaca dan dicerita, ISLAM bbukan setakat dicanang keindahan dan kemegahanya, bukan setakat didiskudi sejuta lautan isinya bahkan ISLAM wajib DIPERJUANGKAN sehingga tertegakknya syariat ALLAh di bumi ini hingga ketitisan darah yang terakhir!!! itulah antara jasamu INSANIAH.

ALUMNI INSANIAH , jika terus berusaha dan berdaya maju akan dapat mencapai matlamat penubuhanya jika hampir 4000 bekas pelajar INSANIAH dapat di tarik menjadi ahli.Bayangkan walau separuh daripada jumlah itu menjadi ahli alumni ini,betapa tenaga besar dapat di gerakkan, betapa sumbangan dapat dihulurkan , betapa jasa dapat ditabur ke arah memperkasa INSANIAH sebagai institusi pendidikan ISLAM di Kedah bahkan diseantero dunia!!

Alumni baru ini mendapat pengemudi baru iaitu bekas Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) INSANIAH sesi 2004/2005 , Ustaz Muhammad Irfan Mohd Rusdi.Beliau dipilh menjadi YDP ALUMNI IINSANIAH bagi sesi 2009/2011.Beliau kini sedang mengambil M.A di INSANIAH.Adalah menjadi harapan besar umat INSANIAH kepada kepimpinan beliau agar segera mengaktifkan kembali persatuaan bekas pelajar INSANIAH , kearah menghubungkan ukhwah sesama ahli, meneroka kebijaksanaan baru samada dalam pendidikan dan pembinaan insan, dan berusaha memperkasa dan membantu INSANIAH mencapai matlamatnya.

Alumni ini juga diharap menjadi antara suara besar dalam institusi INSANIAH ,bukan untuk menunjuk diri, mencari publisiti, mengorek habuan diri, tetapi suara besar ini adalah untuk mempertahankan agar INSANIAH kekal dengan jati dirinya ,bukan semata-mata kerana batang tubuh INSANIAH, tetapi kerana jasa INSANIAH melahirkan ramai ulama dan pejuang ISLAM,kerana INSNAIAH institusi ilmu ISLAM yang besar di utara.Alumni ini juga diharap dapat menjadi pendengar yang baik mungkin sebagai sahabat yang baik kepada pihak organisasi INSANIAH, menjadi penghubung antara masyarakat dan INSANIAH, menjadi pendekat antara mahasiswa dengan INSANIAH.

Diseru kepada semua penggerak , pendokong , pentadbir , dan seluruh mahasiswa dan bekas pelajar INSANIAH agar memberi sokongan padu kepada penubuhan ALMUNI INSANIAH ini.Berilah apa -apa sumbangan dalam apa jua bentuk dalam sokongan anda kepada alumni ini supaya dengan jasa dan keringat dan sokongan anda jualah alumni ini dapat dijayakan.

No comments: