PIBG seluruh negara bantah PPSMI -MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm
Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.
Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.
Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.
“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.
“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).
“Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,” katanya.
GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.
Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.
“Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. (Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas,” kata Mohd Ali.
YANG SOKONG PPSMI DAN YANG MEMPERTAHANKANYA:
- YAB MENTERI PELAJARAN-JAGA HATI MANTAN PM-ADALA KEPENTINGANYA TU
-PARA SUPPLYER BAHAN2 MENGAJAR PPSMI--SUDAH MANYAK KELUAR DUIT MA..UNTUNG UNTUNG..
-SEGELINTIR GURU2 YANG TERLIBAT DIRECT DGN PPSMI-DAPAT DUIT MA..10% DARI GAJI..KALAU 3 RIBU GAJI DAPATLA 300 SEBULAN..
-SAPA LAGI? MANA ADA PEJUANG BANGSA YANG SOKONG? A.AHMAD SAID PON TURUN DGN PEMBANGKANG NAK LAWAN PPSMI.SEMUA TOKOH NAK LAWAN SAPA YANG SOKONG???
AHLI POLITIK? --YANG TUKAS KIPAS MENGIPAS JA SOKONG-DEMI AANK BANGSA NAK SOKONG DEPA PON TAU PPSMI NI NTAH APA KEJADAHNYA UNTUNG MANFAAT KEPADA JUTA2 PELAJAR MALAYSIA.
MAK BAPAK-?? PENING KEPALA ABIS DAH..TUSYEN SANA SINI..TU KLU ADA DUIT,TAK DA DUIT PANDAI2 HANGPALA ANAK ANAK OI NAK LULUS.TAPI TAKPA PAK PAK MENTERI DAH SETUJU GRAF KELULUSAN MATE DGN SAINS DITURUNKAN..DAPAT MARKAH 30 PON DAH LULUS..BODOH.
HA...AKU TAKUT MAKCIK JUAL KUEH,PAKCIK BAWA LORI,PAKLONG BURGER,TOK BIDAN,TUKANG BUAT ROTI CANAI YANG MEREKA NI TAKDA KEPENTINGAN POLITIK TAPI DEK KERANA POLITIK BAKUL SAMPAH SAMPAI MENCEDERAKAN ILMU ANAK2 MEREKA,MEREKA SANGGUP BERDEMONTRASI TURUN JALAN RAYA BANTAH PPSMI 7 MAC NI...
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment