Wednesday, March 4, 2009

BERJUANG ITU JALANYA KESUSAHAN

INILAH KAMI BERKHIDMAT DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT...2 BULAN TAK DAPAT GAJI LAGI..NAMUN TANGGUNGJAWAB TETAP DITERUSKAN..PERJUANGAN ITU SIFATNYA SUSAH..

Guru agama mohon cepatkan bayar gaji SINAR HARIAN

PENDANG - Guru agama seluruh Negeri Kedah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) merayu pihak berkenaan mempercepatkan bayaran gaji.

Wakil Guru Sekolah Agama Negeri Kedah, Mohd Firdaus Syuib berkata, bayaran gaji guru agama seluruh Negeri Kedah serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) masih tertunggak hampir dua bulan yang sepatutnya dibayar oleh pihak MAIK.

Menurutnya, masalah ini sering berlaku setiap awal tahun terutamanya pada Januari dan Februari.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ada guru tersebut mengalami masalah untuk menguruskan keluarga sehinggakan ada sesetengah guru yang sanggup bergadai untuk menguruskan keluarga.

“Ada guru yang terpaksa berlapar serta menunda bayaran yuran anak-anak yang sepatutnya dijelaskan dengan segera berikutan masalah tunggakan bayaran gaji itu.

“Mereka juga turut tidak dapat menjelaskan bayaran rumah serta kereta dan hutang lain yang masih tertunggak,” katanya.

Selain itu, katanya, sebagai menyuarakan hak, mereka berhak membangkitkan masalah gaji yang dihadapi itu.

Firdaus berkata, guru agama di bawah MAIK telah merujuk masalah ini kepada pihak MAIK tetapi tiada tindak balas yang positif daripada jabatan.

“Pihak Jabatan memaklumkan Majlis Agama Negeri Kedah tidak memperoleh peruntukan daripada kerajaan negeri serta bermacam-macam yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, masalah ini tidak sepatutnya berlaku ke atas guru-guru agama di bawah MAIK kerana guru merupakan pendidik yang mendidik pelajar setiap hari juga seperti manusia yang lain, mereka memerlukan kewangan untuk menjalani kehidupan.

Pihak guru mahukan pihak bertanggungjawab mengambil perhatian yang serius mengenai masalah ini serta mempercepatkan bayaran gaji yang tertunggak hampir dua bulan ini dijelaskan dengan segera

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story2510602.asp

No comments: