Tuesday, February 10, 2009

CERITA HANTU DI TV- KESAN KEPADA AKIDAH




Waktu dalam kelas pagi tadi budak2 kelas sibuk bertanyakan mengenai HANTu..Kesimpulan aku buat mereka ni terpengaruh dengan lambakan filem filem seram dalam tv sekarang,...aduh..sakit kepala aku..fonomena tahyul ni patut dijadikan isu kepada alim ulama dan para ilmuan ustaz ustazah ..jangan sampai anak anak sampai takutkan hantu dari takutkan tuhan ..takut hantu ni cerita lama..hantu ni hanya lebel yang diberikan nenek moyang melayu..

walaupun jalan cerita filem 2 seram ni diseimbangkan dengan cara mengatasi hantu(JIN ) ni dengan cara Islam tapi watak dan karekter HANTU masih menjadi tonjolan utama..
Antara kesan kesan yang dikhuatiri kepada masyarakat ialah:

-MANUSIA TAKUT HANTU
-HANTU (JIN) ADA KUASA
-ADA CARA NAK BELA HANTU(JIN)-AKAN DITIRU
-HANTU(JIN)HEBAT
-BOMOH2 HANTU (JIN) HEBAT
-sYIRIK KEPADA ALLAH

BACAAN LANJUT DI http://tintapermata.blogspot.com/2008/02/drama-seram-tahyul-belenggu-ummah.html

Wednesday, January 28, 2009

SAJAK UNTUK EMAK AKU

EMAK…
KU UNGKAPKAN RASA BERGELUMANG RINDU..
DI PERSADA BUMI MESIR INI..
EMAK..
MENGAPA SEMAKIN KITA BERJAUHAN SEMAKIN KUAT RINDU MENCENGKAM SANUBARI,
SEMAKIN TEBAL INNGATANKU PADAMU..
SEMAKIN JELAS MEMORI2 BERSAMAMU..
SUARAMU BAGAIKAN TERNGIANG2 MENYEBUT DAN MEMANGGIL NAMAKU..
EMAK./
MASIH KU INGAT SETIAP SAAT INDAH TIKA BERSAMAMU..
KASIHMU TIDAK PERNAH MENGUNJUNG SEPI MEMBELAI DIRIKU..
SAYANGMU TIDAK HAUS MENYIRAM HIDUPKU..
CINTAMU TIDAK PERNAH MALAP MENYINARI NYAWAKU..
EMAK..
KUTAHU KASIHMU TIADA PENGHUJUNGNYA..
SAYANGMU PADAKU TIADA PENGHABISANYA..
KERANA ENGKAULAH MAKKU YANG MELAHIRKANKU..
EMAK..
MASAKKANMU ADALAH PALING KUGEMARI..
NASIHATMU PALING KUIKUTI..
TEGURANMU PADAKU PALING BERMAKNA BAGIKU..
PANDANGAN MATAMU PALING MENENANGKAN JIWAKU..
GURAUANMU PALING MENGHIBURKAN HATIKU..
PELUKANMU PALING KUSUAKI..
MARAHMU PALING KUTAKUTI..
KECIL HATIMU PADAKU PALING KUKHUATIRI..
TANGISANMU KERANAKU PALING SAYU BAGIKU..
SAKITMU AMAT KUTAKUTI..
EMAK..
JANGANLAH KAU BERKECIL HATI DENGAN SIKAPKU.
JANGANLAH KAU MARAHI KESILAPANKU..
JANGANLAH KAU MENANGIS KERANAKU..
KERANA AKU LEMAH JIKA DIRUMU BEGITU..
KERNA.AKU YAKIN REDHAMU PADAKU REDHALAH TUHAN PADAKU..
EMAK..
WAJAHMU SAAT MELEPASKANKU PERGI..
TERLALU SAYU DAN MENENYENTUH JIWAKU..
KAKIKU KETIKA ITU TERASA AMAT PAYAH UNTUK MELANGKAH PERGI..
NAMUN DEMI HARAPANMU PADAKU KU TABAHKAN HATI..
EMAK..
DISINI AKU BERJUANG MENCAPAI CITA DAN IMPIAN
DENGAN BERBEKALKAN HARAPAN DAN DOA DARIMU..
AKAN KU BERUSAHA SESEUNGGUH HATIKU
DEMI EMAK YANG KUSAYANGI..
EMAK…
JANGAN KAU BERHENTI MENYAYANGI DIRIKU.
JANGAN KAU BERHENTI BERDOA PADAKU..
JANGAN KAU BERHENTI MENASIHATI DIRIKU..
JIKA ANAKMU INI TIADA LAGI WAKTU UNTUK BERSAMAMU..
REDAHLAH SETIAP TITIS SUSU YANG KAU BERIKAN..
REDHALAH SETIAP BELAIANMU PADAKU..
REDAHLAH SETIAP SUAPANMU PADAKU,,
REDHALAH DENGA ANAKMU INI..
EMAK..AKU AMAT SAYANG PADAMU..

TOK AYAH 3 APRIL 2006 6.48A.M EGYPT

AKTIVITI SEKOLAH JANUARI 2009

MERENTAS BELANTARA..






AKTIVITI SEKOLAH JANUARI 2009






walaupun SAR masih ditingkat bawah dalam pencapaian ko kurikulum antara sekolah2 lain,namun dengan segala kemampuan yang ada aktviti ko kurikulum teap menjadi kesinambungan dalam melahirkan pelajar agama yang berketrampilan..




malam muhodhoroh 29 januari

Thursday, November 13, 2008

KEMASUKAN SESI 2009



SEKOLAH MENENGAH AGAMA AS-SIDDIQIAH AL-ISLAMIAH
Kampung Padang kerasak,06350 Naka, Alor Star , Kedah.
Tel :04-7852703, 04-7851725, 019-5195944

DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KEMASUKAN SEISI 2009 M /1429 H

SEMUA PELAJAR LEPASAN UPSR LAYAK MEMOHON

MENYEDIAKAN ALIRAN AGAMA, AKADEMIK DAN PENGAJIAN AL-QURAN
TINGKATAN SATU HINGGA ENAM
KAMI JUGA MENERIMA PELAJAR KEMASUKAN BAGI TINGKATAN 2,3,4,5 DAN 6

BORANG PENDAFTARAN DAN KETERANGAN LANJUT, BOLEH DIDAPATI DIPEJABAT SEKOLAH ATAU HUBUNGI PIHAK SEKOLAH
WAKTU PEJABAT 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGHAHARI
(DIBUKA PADA CUTI SEKOLAH)
MENYEDIAKAN PEPERIKSAAN :
PMR, SMRA, SPM DAN STAM
KEARAH MELAHIRKAN GENERASI BERILMU, BERAMAL DAN BERETIKA

Kami juga mengalu-alukan bantuan untuk menyiapkan bangunan baru sekolah
No. Akaun BANK ISLAM (Atas Nama Sekolah)

2075010014096

Wednesday, November 12, 2008

MENGUKUHKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT-PERJUANGAN YANG PANJANG


Cuti sekolah dah bermula..sedar tak sedar dah dua tahun aku berkhidmat sebagai guru di sekolah agama..memang benar pandangan khalayak bahawa sekolah agama rakyat mengandungi seribu dugaan..tetapi alhamdulillah dugaan itu mematangkan diri menambah pengalaman..

Adalah sangat menyedihkan bila kita sebagai pemegang amanah menyalahgunakan amanah atasa nama agama..kita menjadikan agama sebagai lubuk duit..banyak fitnah tercalit pada sekolah agama rakyat berhubung isu amanah,duit,zakat dan sbgnya.

Kita mengakui bahawa terdapat banyak kelemahan dalam SAR namun sebenarnya kelemahan itulah menjadi jati yang utuh dan kelebihan pada SAR..bila kita dipandang lemah kita akan terus tabah tapi bila kita dipandang gah kita khuatir akan kealpaan..

Sekolah haruslah dibentuk atas dasar tanggungjawab,amanah,kejujuran dan keikhlasan..perjalanan dan pentadbiran sekolah haruslah telus dibawah permuafakatan syura didalam mesyuarat bukan dengan keputusan individu yang dipengaruhi oleh nafsu dan akal semata2 apatah lagi disaluti dengan warna ketakburan dan kegoaan,menggunakan kuasa veto menentukan dasar sekolah dan susun atur guru dan murid .

Apakah layak kita digelar sebagai pemimpin sedangkan kita tidak dapat menerima pandangan khalayak dan menganggap pandangan kita yang patut dipatuhi?

Apakah layak kita digelar sebagai pimpinan jika kita selalu menyalahkan orang lain tapa usul periksa?

Apakah wajar kita dimuliakan sebagai seorang pemimpin jika kita tidak menjaga hati anak buah dan menjatuhkan maruah mereka?

Kritikan sinis ini adalah sebagai muhasabah agar kita kembali berpegang dasar Al-Quran dan Hadis agar AMANAH yang kita tanggung dapat dilaksanakan dengan cara diredhai Allah..

MEMPERJUANGANKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT adalah suatu usaha yang murni yang haru didukung oleh semua pihak..SAR tidak lagi patut dilihat terpinggir dari arus perdana dunia pendidikan..apatah lagi SAR diKedah yang berbaki lebih kurang 12 buah sahaja..adakah kita mampu menyediakan yang terbaik untuk anak -anak bangsa kita yang terpinggir itu?

CUKUPLAH dengan isu penyalahgunaan WANG DERMA DAN ZAKAT.duit itu harus digunakan dengan penuh amanah walupun sesen.Pastikan yang berhak mendapatkan haknya..kita menerima bantuan zakat dan derma tetapi masih ada anak- anak yang merungut kekurangan..

Kita ada wang tetapi perlaksanaan program terbantut dek kerana tiada peruntukan..

Kita ada idea dan gagasan tetapi terbeku dek kerana TERHALANG OLEH KUASA VETO ATAU kuasa yang disalahguna..

Kita ada kakitangan yang patut dijaga perasaanya kerana mereka ada HATI dan PERASAAN..

MUNGKIN TULISAN DIATAS AGAK SAMAR DAN TIDAK NAMPAK OBJEKTIF DAN SASARAN..TETAPI INILAH LUAHAN ISI HATI SEORANG YANG KERDIL BERADA DI SAR...

YA -ALLAH KAMI INSAN YANG LEMAH DAN ENGKAU MAHA BERKUASA..KAMI JAHIL DAN ENGKAU MAHA MENGETAHUI..BERIKANLAH KAMI HIDAYAH DAN KEKUATAN..MEMPERTAHANKAN MADARASAH ISLAMIAH DIATAS MUKA BUMIMU..

Wednesday, October 15, 2008

MUSIM PEPERIKSAAN



Anak anak murid ,anak anak kita, anak anak bangsa sekarang agak gundah gulana,hati tak tenteram ,masa bagaikan cukup singkat,rasa prihatin pada buku tinggi melangit,buku2 latihan menjadi lasam,air yasin diteguk berbotol2,mak bapak ,guru2 berbuih2 mulut memberi semangat,tv ditinggalkan,cd vcd dvd letak dalam lemari,hp senyap sepi,majalah dipandang sepi,katil penuh buku konon nan tinggkat study.gempak gempita alam bagai dirasa nak bertempur di medan periksa,itulah anak anak kita,anak anak bangsa,anak-anak murid ,sekarang jenuh keringat jenuh otak jenuh dan jenuh dengan usaha mendapat kejayaan dalam peperiksaan.PMR sedang berjalan,SPM tak lama menjelma tak sampai sepurnama jua,bagi anak anak murid agama.SMRA tinggal beberapa hari cuma,

FONOMENA SKOR SERIBU A

tusyen sana sini mengisi kantung guru2,satu kepala rm 30 darab 30 murid nak dapat A berbakul jadila beribu2,katanya guru ikhlas nak bagi murid berjaya walhal hati tersenyum duit berganda2 anak anak tusyen makin berganda,tahun lepas yuran 30 ringgit tahun ni ekonomi tak bagus jadi 80 ringgit,mak bapak tak banyak pusing kerana harapkan anak timba A berbakul2.Sistem pendidikan kita yang gah di alam ini yang berketuakan seorang menteri yang kementerianya compang dan camping.sekarang tak ambil pusing sangat anak anak bangsa nak periksa PMR ka Spm ka yang penting aku menang Naib Presiden parti yang semkin carca merba.SISTEM peperiksaan negara ini berorientasikan peperiksaan sudah menjauhkan pendidikan dari konsep mendidik.Ilmu ditabur untuk nama.untuk kerjaya.untuk duit.untuk kaya.untuk hebat.untuk megah.akhlak?ah itu perkara nombor lain.yang penting anak-anak bangsa menjulang 'A" banyak dalam sijil peperiksaaan.dapat semua A? anda dapat duit daripada pak pak menteri.Dapat A banyak?anda dapat masuk TV surat khabar?banyak yanga kan interbiu anda.anda seolah2 ikon masyrakat.ikon pelajar.tip -tip berjaya diulang2 agar anda menjadi contoh.tetapi tidak terfikirkah kementerian pendidikan yang tak terdidik ni akan nasib mereka2 yang tak berjaya?kesan sikologi kepada mereka yang gagal.?
mereka 2 yang gagal akan kecewa dan kecundang,meleleh air mata menangisi nasib diri tak menjulang kejayaan,ada mak bapak maki hamun ,anak tak berguna,kawan2 mencemuh,sekolah tak ambil pusing,sebab sekolah dok sibuk buat majlis nak rai mereka yang dijulang,guru2 tersengih melihat anak anak murid berjaya berjuang menjulang kejayaan.mereka yang gagal apa nasib mereka?

INIKAH MATLAMAT DAN SISTEM PENDIDIKAN KITA?

APAKAH KEJAAYAN ITU SEBENARNYA?