Wednesday, April 1, 2009

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH 2009



Alhamdulillah..saya sebenarnay tak sempat nak update blog ni sebab sibuk untuk jayakan Kem Pemantapan sahsiah sekolah saya..untuk maklumat lanjut tentang kem ini sila layari http://siddiqiah.blogspot.com/

Isyaallah lepas ni blog ni akan berupdate..terima kasih semua

Saturday, March 7, 2009

DUNIA GLOBALISASI MENCEMAR AKHLAK PELAJAR-PERANAN GURU AGAMA DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT HARUS DIPERKASAKAN

Ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat harus menyedari peranan mereka sangat penting disekolah agama rakyat kerana sekolah agama rakyat mendapat tempat dihati masyarkat bukan kerana pencapaian akademik tetapi dari akhlak para pelajarnya. Umum mengetahi bahawa sekolah agama rakyat masa kini tidak lagi ketinggalan dari arus perdana dunia pendidikan samada dari segi pencapaian akademik mahupun aktiviti kokurikulum.Walaupun dari aspek fizikal sekolah,sekolah agama rakyat mungkin tidak dapat menandingi sekolah sekolah kementerian, Maktab Mahmud ataupun sekolah agama bantuan kerajaan(SABK) namun dari aspek spiritual ataupun pengisian di sekolah agama masih utuh dan jitu.

Apa yang mahu ditekankan disini ialah peranan guru agama disekolah agama rakyat harus diperkasakan kerana merekalah tunjang dan nadi bagi sesebuah sekolah agama rakyat.Merekalah yang memberi tambah nilai kepada sekolah agama rakyat.Kepada merekalah diharapkan dapat menggalas tanggujawab membentuk sahsiah pelajar dan membimbing mereka berada di jalan yang betul dan benar.Era masa kini menyaksikan masalah social yang cukup jenuh diperkatakan dan diperdebatkan.

Suatu ketika dahulu peranan guru agama hanya dilihat terbatas kepada mengajar di kelas-kelas rutin,mengadakan kuliah-kuliah agama disurau ataupun ceramah-ceramah namun pada era kini guru agama di sekolah –sekolah agama rakyat haruslah mengorak langkah lebih kehadapan dan memperkasakan diri dalam peranan mereka di sekolah agama rakyat.Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang ada disekolah agama rakyat waktu kini amat mencabar peranan guru –guru agama.Mereka boleh dikatogerikan pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang.Ada dikalangan mereka dari kalangan keluarga yang berada yang memilih sekolah agama rakyat yang agak mahal daripada sekolah kementerian dengan tujuan untuk memperolehi tambah nilai dari sudut didikan akhlak dan ilmu agama.Ada juga dari keluarga miskin namun memilih sekolah agama rakyat oleh kerana para ilmuan agama dan didikan akhlak yang dipercayai dapat memberi tambah nilai.Ada juga pelajar yang memilih sekolah agama rakyat sebagai pilihan terakhir kerana tidak dapat memasuki SMKA ataupun sekolah agama yang bertaraf kementerian ataupun lembaga seperti maktab Mahmud.Ada juga disebabkan kelonggaran pihak sekolah agama rakyat menerima para pelajar dari pelbagai latarbelakang ini dengan tujuan untuk menambah kuantiti penuntut, mereka menerima para pelajar yang bermasaalah displin dan ahklak.Kepelbagaian latar belakang pelajar ini adalah cabaran kepada para guru agama di sekolah agama rakyat.Apa yang pasti masalah akhlak dan disiplin dewasa ini bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa namun ianya menjadi perbincasngan dan isu di sekolah agama rakyat.

1. Ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat jangan terbatas peranan mereka mengajar didalam kelas sahaja.
2. Ustaz dan ustazah adalah ilmuan islam.mereka pasti sedar nabi muhammad tidak sekadar mengajar umatnya melalui percakapan dan bahasa bahkan melangkaui melalui tauladan,beramal,mendidik ,membentuk dan membimbing ummat.

3. Mereka harus mengolah dan menghurai pelajaran sesuai dengan konteks semasa.jangan mengikut cara lama kerana zaman sudah berubah.para pelajar sangat sensetif,agresif .zaman dahulu pelajar boleh dipaksa dan dirotan untuk pandai dan berakhlak namun masa kini pendekatan kreatif dan sikologi adalah cara terbaik mendidik para pelajar.minat mereka harus dibentuk ke arah yang betul.ini kerana para pelajar sekarang sangat terdedah kepada minat –minat luar kelas yang sangat merosakkan akhlak.minat mereka harus dipandu dan di bimbing.

4. Ustaz dan ustazah haruslah turun padang mengetahui apakah sebenarnya watak dan akhlak para pelajar disebalik pakaian baju putih kopiah putih tudung labuh para pelajarnya.ini penting untuk membentuk dan mendidik mereka dengan akhlak islam.Ramai pelajar yang ada kenalan untuk bercinta bahkan melangkaui kepada maksiat melalui penggunaan handphone.Banyak kes yang didapati handphone yang dimiliki pelajar mengandugi video lucah,gambar lucah,sms lucah dan sebagainya.

5. Ustaz dan ustazah haruslah mementingkan isu akidah, halal dan haram dan akhirat kepada para pelajarnya.inilah jati diri yang utuh yang harus disemai dan dibaja.

6. Ustaz dan ustazah mesti mengkaderkan para pelajarnya menjadi pebimbing masyarakat : Boleh menjadi khalifah bacaan surah Yasin,Tahlil,doa selamat ,solat jenazah,membaca khutbah jumaat,memandikan jenazah,menyembelih binatang,berucap dihadapan khalayak dan sebagainya.Jika peranan kita tidak melangkaui luar kelas bagaimana perkara ini hendak diwujudkan? Mereka harus membentuk usrah, bekerjasama dengan warden dan para guru menagdakan program-program pembentukan sahsiah dan melatih dan mengkaderkan mereka menjadi pembimbing masyarakat.Jangan lepaskan tanggugjawab ini kepada pelajar senior sahaja kerana ustaz dan ustzahlah murabbi dan mursyid terbaik yang boleh jadi ikutan.Mereka adalah rujukan utama sedangkan pelajar senior terbatas pengetahuanya.Jika para ustaz dan ustazah bersungguh hati mendidik maka para pelajar akan bersungguh jiwa membentuk peribadi mulia.


KESIMPULANYA USTAZ DAN USTAZAH JANGAN MENGIKUT RENTAK TARI SEMASA MENGUMPUL HARTA MENGEJAR DUNIA.ALLAH SELALU MENGUJI ORANG BERIMAN DENGAN KESUSAHAN.RISAULAH HATI ORANG BERIMAN JIKA TIDAK DIUJI DAN SENTIASA SENANG LENANG.JADILAH PENDIDIK BUKAN SETAKAT MENGAJAR DIKELAS BAHKAN MEMBIMBING,MENDIDIK DAN MENTARBIAH PARA PELAJAR MENJADI PELAJAR YANG BERPERIBADI MUSLIM SEJATI

Wednesday, March 4, 2009

BERJUANG ITU JALANYA KESUSAHAN

INILAH KAMI BERKHIDMAT DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT...2 BULAN TAK DAPAT GAJI LAGI..NAMUN TANGGUNGJAWAB TETAP DITERUSKAN..PERJUANGAN ITU SIFATNYA SUSAH..

Guru agama mohon cepatkan bayar gaji SINAR HARIAN

PENDANG - Guru agama seluruh Negeri Kedah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) merayu pihak berkenaan mempercepatkan bayaran gaji.

Wakil Guru Sekolah Agama Negeri Kedah, Mohd Firdaus Syuib berkata, bayaran gaji guru agama seluruh Negeri Kedah serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) masih tertunggak hampir dua bulan yang sepatutnya dibayar oleh pihak MAIK.

Menurutnya, masalah ini sering berlaku setiap awal tahun terutamanya pada Januari dan Februari.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ada guru tersebut mengalami masalah untuk menguruskan keluarga sehinggakan ada sesetengah guru yang sanggup bergadai untuk menguruskan keluarga.

“Ada guru yang terpaksa berlapar serta menunda bayaran yuran anak-anak yang sepatutnya dijelaskan dengan segera berikutan masalah tunggakan bayaran gaji itu.

“Mereka juga turut tidak dapat menjelaskan bayaran rumah serta kereta dan hutang lain yang masih tertunggak,” katanya.

Selain itu, katanya, sebagai menyuarakan hak, mereka berhak membangkitkan masalah gaji yang dihadapi itu.

Firdaus berkata, guru agama di bawah MAIK telah merujuk masalah ini kepada pihak MAIK tetapi tiada tindak balas yang positif daripada jabatan.

“Pihak Jabatan memaklumkan Majlis Agama Negeri Kedah tidak memperoleh peruntukan daripada kerajaan negeri serta bermacam-macam yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, masalah ini tidak sepatutnya berlaku ke atas guru-guru agama di bawah MAIK kerana guru merupakan pendidik yang mendidik pelajar setiap hari juga seperti manusia yang lain, mereka memerlukan kewangan untuk menjalani kehidupan.

Pihak guru mahukan pihak bertanggungjawab mengambil perhatian yang serius mengenai masalah ini serta mempercepatkan bayaran gaji yang tertunggak hampir dua bulan ini dijelaskan dengan segera

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story2510602.asp

Wednesday, February 25, 2009

SIAPA YANG SOKONG PPSMI??????

PIBG seluruh negara bantah PPSMI -MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm
Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

“Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,” katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.

“Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. (Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas,” kata Mohd Ali.

YANG SOKONG PPSMI DAN YANG MEMPERTAHANKANYA:

- YAB MENTERI PELAJARAN-JAGA HATI MANTAN PM-ADALA KEPENTINGANYA TU

-PARA SUPPLYER BAHAN2 MENGAJAR PPSMI--SUDAH MANYAK KELUAR DUIT MA..UNTUNG UNTUNG..

-SEGELINTIR GURU2 YANG TERLIBAT DIRECT DGN PPSMI-DAPAT DUIT MA..10% DARI GAJI..KALAU 3 RIBU GAJI DAPATLA 300 SEBULAN..

-SAPA LAGI? MANA ADA PEJUANG BANGSA YANG SOKONG? A.AHMAD SAID PON TURUN DGN PEMBANGKANG NAK LAWAN PPSMI.SEMUA TOKOH NAK LAWAN SAPA YANG SOKONG???

AHLI POLITIK? --YANG TUKAS KIPAS MENGIPAS JA SOKONG-DEMI AANK BANGSA NAK SOKONG DEPA PON TAU PPSMI NI NTAH APA KEJADAHNYA UNTUNG MANFAAT KEPADA JUTA2 PELAJAR MALAYSIA.

MAK BAPAK-?? PENING KEPALA ABIS DAH..TUSYEN SANA SINI..TU KLU ADA DUIT,TAK DA DUIT PANDAI2 HANGPALA ANAK ANAK OI NAK LULUS.TAPI TAKPA PAK PAK MENTERI DAH SETUJU GRAF KELULUSAN MATE DGN SAINS DITURUNKAN..DAPAT MARKAH 30 PON DAH LULUS..BODOH.

HA...AKU TAKUT MAKCIK JUAL KUEH,PAKCIK BAWA LORI,PAKLONG BURGER,TOK BIDAN,TUKANG BUAT ROTI CANAI YANG MEREKA NI TAKDA KEPENTINGAN POLITIK TAPI DEK KERANA POLITIK BAKUL SAMPAH SAMPAI MENCEDERAKAN ILMU ANAK2 MEREKA,MEREKA SANGGUP BERDEMONTRASI TURUN JALAN RAYA BANTAH PPSMI 7 MAC NI...

Tuesday, February 24, 2009

SABARLAH CIKGU..






Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

DIPETIK DARI : http://jarumemas.blogspot.com/

Saturday, February 14, 2009

PPSMI-LANGKAH KETERBELAKANG



7 MAC NANTI SATU PROTES RAKSASA YANG MELIBATKAN TOKOH2 BAHASA DAN AKADEMIK,AHLI2 POLITIK DAN RAKYAT AMNYA AKAN DIADAKAN UNTUK MEMBANTAH PERLAKSANAAN PPSMI..

SUDAH JENUH PERBINCANGAN,DEBAT DAN LANGKAH2 YANG DIBUAT TIADA YANG DAPAT MENAFIKAN LANGKAH PPSMI NI IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU..SIFIRNYA MUDAH..NAK BG PANDAI BAHASA MANTAPKANLAH P&P BAHASA TERSEBUT..INI PI AJAR MATE DGN SAINS DALAM BI ..HMM..INI SEMUA TINDAKAN BERKEPENTINGAN..BILA ORANG YANG NAK PASTIKAN DASAR NI BERJALAN DAH TAKDA APA JAWATAN TINGGALAH DASAR INI SUSAH NAK DIHENTIKAN DEK KERANA BANYAK BELANJA UNTUK KONTRAK2 BUKU TEKS..CD..DAN SEBAGAINYA..HUH! HARI NI TV 3 BARU NAK TIMBULKAN ISU PPSMI NI..AKU TAHULA NAK TEMBAK ORG LAMA...DAH LAMA DAH...

Tuesday, February 10, 2009

CERITA HANTU DI TV- KESAN KEPADA AKIDAH




Waktu dalam kelas pagi tadi budak2 kelas sibuk bertanyakan mengenai HANTu..Kesimpulan aku buat mereka ni terpengaruh dengan lambakan filem filem seram dalam tv sekarang,...aduh..sakit kepala aku..fonomena tahyul ni patut dijadikan isu kepada alim ulama dan para ilmuan ustaz ustazah ..jangan sampai anak anak sampai takutkan hantu dari takutkan tuhan ..takut hantu ni cerita lama..hantu ni hanya lebel yang diberikan nenek moyang melayu..

walaupun jalan cerita filem 2 seram ni diseimbangkan dengan cara mengatasi hantu(JIN ) ni dengan cara Islam tapi watak dan karekter HANTU masih menjadi tonjolan utama..
Antara kesan kesan yang dikhuatiri kepada masyarakat ialah:

-MANUSIA TAKUT HANTU
-HANTU (JIN) ADA KUASA
-ADA CARA NAK BELA HANTU(JIN)-AKAN DITIRU
-HANTU(JIN)HEBAT
-BOMOH2 HANTU (JIN) HEBAT
-sYIRIK KEPADA ALLAH

BACAAN LANJUT DI http://tintapermata.blogspot.com/2008/02/drama-seram-tahyul-belenggu-ummah.html