Tuesday, July 22, 2008

LAGU SERI DI HATI





SERI DIHATI -Zulfan-


Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan… uuhooo

Telah bermula episod cinta yang murni
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui
Terikat janji bakal mebina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda…..


Lagu yang saya tunggu ketika saya study di mesir..SERI DI HATI akhirnya muncul jua bersama kumpulan ZULFAN dalam album ke-3 yg berjudul PELAYARAN....lagu tu memberi banyak makna bagi saya..banyak nostalgia yang akhirnya diterjemahkan sebagai blog name dan tema blog saya..kepada vokalis Zulfan akhi Isham sekalung terima kasih dan penghargaan kerana lagu tersebut..masih teringat2 lagi memori pebikinan lagu tu..syukran ya akhi...Album PELAYARAN ZULFAN ni sudah terbit ..
(Penantian peminat kumpulan Zulfan terhadap kemunculan album ketiga mereka akhirnya berakhir. Zulfan pada kali ini menampilkan 12 buah lagu dengan trek pertama, lagu yang bertajuk Alam Semesta. Zulfan nampaknya masih mengekalkan konsep kesederhanaan dalam album mereka. Sebagai contohnya lagu Seri Di Hati amat menarik perhatian penulis kerana alunan musik yang amat syahdu. Mungkin ada sebab yang tertentu lagu yang menjadi tajuk album diletakkan di trek 8. Zulfan ingin memperkenalkan 7 lagu yang terdahulu sebelum pendengar boleh menghayati pelayaran.) KOMEN UNTUK KUMPULAN ZULFAN DIPETIK DARI :http://www.nasyidfm.net/blog/mzfaizal

No comments: