Monday, July 21, 2008

TAHNIAH DAN ISTIQAMAH BUAT SAHABAT DI MESIR


Sekalung tahniah buat sahabat2 di mesir yang berjaya dalam imtihan baru2 ni..percayalah kepulangan kalian bukan menempa kerjaya lumayan dan hidup dalam zon selesa kerana kalian membawa panji2 kebenaran,panji keimanan dan panji Islam..kepulangan kalian menunaikan dan melengkapi rantaian perjuangan.melengkapi tugas dai'e melengkapi tugas ulamak warasatul anbiya..adakah kalian sedia menghadapi ujian Allah buat kalian?Kalian rasa bersedia dengan ilmu yang ada?dengan ijazah yang digenggam?dengan pengalaman?kalian silap jika beranggapan demikian kerana jika kita merasai semuanya kit a tahu dan pandai itulah permulaan kegelapan dan kejahilan..pulanglah dengan iman dan tawakal yang tinggi terhadap Allah..basuhkan hati agar IKHLAS menjadi darah nadi kehiduopan kalian..kita tak menjadikan ijazah untuk mengecapi nikmat dunia..tetapi ijazah adalah jambatan hidup utuk dunia moden kini..yang penting kalian harus AMANAH dan IKHLAS bergelar sebagai lepasa AL_AZHAR..kita jumpa di MALAYSIA..

No comments: