Thursday, July 31, 2008

SUHU PANAS..---PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH.

Cuaca malam ni terasa bahang panasnya buka dek kerana angin tak bertiup atau ada insan membakar unggun tetapi bahang suhu terasa panas oleh rentak politik Malaysia yang seolah sedang mencapai klimaks atau waktu puncak.mungkin ni posting pertama saya mengenai senario dan fonomena politik Malaysia kini..sebenarnya saya segan nak merajinkan diri mengulas dan mengupas isu politik kerana blog2 politik terlalu banyak bercambah bagaikan cendawan selepas hujan..isu yang berlaku tajuknya tetap sama di blog2 yang ada cuma ulasan dan pandangan empunya blog dan forumnya yang berbeda tampaknya..cuma saya yang ada pendirian dalam hal siasah ini mengambil pesanan Allah supaya kita berhati2 dan menyiasat berita yang sampai pada kita ..saya juga suka mengambil pendekatan tidak cepat melatah dalam membincanglkan isu yang timbul kerana setiap posting ada yang membaca dan ada peratusnya mereka yang terpengaruh apa yang dipaparkan..jadi saya tidak mahu menjadi sebab kepada benda yang tak betul..
Tapi…harini klimaks politik memang panass….panas yang bakal meledak di Permatang Pauh..dengan perletakkan rasmi Datuk Seri Wan Azizah sebagai ahli parlimen telah mengsahkan pilihanraya kecil yang akan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibarhim bertanding kali ini..kawasan yang sudah nyata dikuasai oleh Pakatan Rakyat itu sudah pasti dengan izin Tuhan akan dimenangi DSAI dengan mudah..tidak terfikir dengan majoriti undi kemenangan yang diperolehi oleh Datuk Seri Wan Azizah yang mencecah 10 ribu itu dapat dikalahkan oleh lawan dengan mengambil kira suasana politik masakini..kadang agak kerdil diri ini memikirkan kehebatan rentak tari DSAI dalam politik..mana taknya riuh rendah nak bertanding di kawasan Kulim sehingga meresahkan UMNO tiba2 menempati tempat isterinya sendiri..itulah cara DSAI dalam tari politiknya yang bisa meresahkan banyak pihak..
PAS pula kini tampak semakin gah dan berpengaruh besar di kalangan MELAYU dan rakyat Malaysia amnya..sehingga UMNO memainkan rentak dan taktik lamanya membuat tawaran kepada PAS agar bersatu atas nama KEMELAYUAN yang tak diktiraf oleh ISLAM..Alhamdulillah walaupun isu ini dimaikan sepenuhnya oleh media namun kebijaksanaan dan keutuhan PAS dalam prinsipnya akhirnya Presidennya Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pengumuman rasmi mengenai penolakan untuk bergabung dengan Umno,geli hati mengenai tawaran Tajol Rosli tapi biarlah dia dengan labunya..namun tegasanya disini PAS tetap utuh atas persada politik negara dengan dasar perjuangan dan matlamatnya yang tak pernah berubah dan masih setia dalam Pakatan Rakyat..saya yakin tentera dan jentera PAS dengan semangat penuh keihklasanya akan mebantu dan berjuang habis2san untuk pilihanraya di permatang Pauh nanti..apapun dihati masih terselit kerisauan tentan DSAI yang mungkin ditangkap oleh kerajaan yang kini makin kepanasan…isu liwat yang semakin tampak konspirasinya itu entah kemana penyudahnya..ianya hanya menjadi momentom dan serbuk pembangkit amarah rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasinal yang telah memerintah separuh abad itu..apapun saya ada sediikit kesedihan mengenai satu artikel dalam akhbar Keadilan yang mengutuk pimpinan Pas dalam isu KEMELAYUAN..bagi saya perkataan yang digunakan tak patut dan tak menghormati dasar persahabatan yang terjalin dalam Pakatan..kita bukan macam UMNO yang banyak halal dan tidak sopan..imej kita besar dan dipandang besar..saya berharap tulisan itu diperhati semula…
SUHU PANAS PERMATANG PAUH akan terus terasa kebahangan panasnya oleh semangat rakyat Malaysia yang semakin hari tak sabar mahu melihat MALAYSIA berubah dan lebih terasa nikmat menjadi rakyat MALAYSIA bila Pakatan memerintah..MINYAK DAH TURUN,NEGARA JIRAN DAH MENURUNKANYA..KITA MEMANG KAYA SEBAB BAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL..akhir sekali senantisa saya panjatkan doa agar Allah memenangkan perjuangan yang BENAR..aaminnnn

No comments: